May 31, 2023

Bon Odori Festival : Antara Raja & Agama

Spread the love

Belum pun selesai isu Kerajaan India & Muslim yang hebat didebatkan oleh kebanyakkan Rakyat Malaysia, kini kita dihadapkan pula dengan isu Festival Bon Odori.

Isu ini dikitip dan dipopularkan oleh Cytro PH kerana mereka seawalnya telah menjangka dan merancang untuk mengenakan kerajaan dan Menteri Agama. Sebelum semua jari menuding ke arah mereka, PH bertindak pantas mengkambinghitamkan Menteri Agama.

Isu tambah rumit apabila pihak Istana turut campurtangan dengan mencadangkan Datuk Ustaz Idris Ahmad hadir ke festival tersebut. Walaupun ianya bersifat cadangan, namun ianya menjadikan Kerajaan dan Menteri Agama dilihat semakin tersepit dan serba salah.

Jika Menteri Agama hadir pasti akan dijadikan isu kerana ianya melibatkan aqidah. Andai mengambil keputusan untuk tidak hadir, naratif derhaka akan dilagukan dan dimainkan.

Dalam situasi umpama diluah mati emak ditelan mati bapak ini, kecerdikan dan kebijaksaan kerajaan sangat dituntut. Hal yang melibat aqidah tidak boleh dipertimbangkan. Hukum perlu diperkasa. Kalau ianya gagal diuruskan maka sentimen RUU355 akan disuarakan. PAS akan dimomokkan tidak berupaya melaksanakan RUU355 jika isu festival Bon Odori pun tidak mampu ditangani sebaiknya.

Sebelum ini Menteri Agama terpaksa berlembut dalam isu tarekat, adakah akan terpaksa mengambil pendekatan yang sama? Sepatutnya semua pihak yang mengaku cerdik dan bijak agama memainkan peranan dalam mempertahankan aqidah ummah.

Bukan sekadar berani berpencak berkenaan isu mandi di Gunung Jerai & roh sahaja. Bila melibatkan pihak Istana, pakar-pakar hadis diam seribu bahasa. Lagak mereka seperti disebutkan dalam peribahasa Biar Kurang Garang Asal Lebih Bergaya.