LOS ANGELES: Seramai lima tentera marin Amerika Syarikat (AS) dikhuatiri maut selepas sebuah pesawat tentera terhempas di selatan California, tengah hari semalam.
Pesawat yang dikenali sebagai MV-22B Osprey yang berpangkalan di Stesen Udara Kor Marin Kem Pendleton terhempas kira-kira pukul 12.25 tengah hari (waktu tempatan).
Pihak tentera menafikan laporan pesawat berkenaan membawa bahan radioaktif ketika jatuh berhampiran Glamis, 35 kilometer dari sempadan Mexico.
Seorang jurucakap tentera mengesahkan kejadian terhempas melibatkan sebuah pesawat milik 3d Marine Aircraft Wing.
Osprey adalah sejenis pesawat dilengkapi sayap berputar yang boleh diarahkan ke atas atau ke hadapan serta membolehkan pesawat itu berlepas dan mendarat secara menegak .
Nahas membabitkan pesawat berkenaan sudah beberapa kali berlaku termasuk kes di Norway pada Mac lalu, yang menyebabkan empat anggota marin terkorban.-AGENSI
More Stories
MEMALUKAN!! Rakyat Singapura pun tahu cerita Zahid cuba tipu Agong
Rishi Sunak Perdana Menteri Britain ganti Liz Truss
Pengguna jalanraya mengamuk tengok ‘Pontianak’ atas papan iklan