Tahniah.. sepatah perkataan yang menggambarkan aksi perlawanan di antara Malaysia dan Turkmenistan. Permainan yang mendapat pujian ramai penyokong dan peminat bolasepak Negara. Aksi yang telah hilang dan ditunggu sejak sekian lama.
Perkara ini diakui sendiri oleh bekas jurulatih kebangsaan yang juga pengendali pasukan Kuching City FC Irfan Bakti Abu Salim. Irfan 71 tahun yang menjadi pengulas jemputan perlawanan aksi kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional pada awalnya menjangkakan gaya permainan pasukan Harimau Malaya biasa-biasa sahaja
Namun beliau terkejut dan berbangga hingga mengalirkan airmata apabila sangkaannya meleset. Cirak permainan dengan gaya serangan yang memukau menjadikan Malaysia mengalahkan Turkmenistan 3-1.
Jaringan pendahuluan oleh Safawi Rasid seawal minit ke 11 membakar semangat para pemain lain hingga mereka bernafsu menjaringkan gol kedua oleh Faisal Halim (15) dan gol ketiga oleh La’Vere Corbin Ong (45), manakala gol tunggal Turkmenistan disumbangkan Annadurdyyev Altymyrat pada minit ke-37.
Kemenangan ke atas Turkmenistan menandakan permulaan positif skuad Harimau Malaya dalam Kumpulan C.
Cuma yang menjadi kemusykilan para penyokong ialah apabila jurulatih baru kebangsaan Kim Pan Gon masih mengekalkan beberapa pemain yang dilihat tidak berfungsi dengan baik antaranya ialah De Paula dan Sumareh.
Pemain ini tidak layak berada dalam pasukan Harimau Malaya kerana gagal menunjukkan prestasi sepatutnya. Mereka juga menganggap terlalu banyak peluang telah diberikan oleh jurulatih sebelum ini. Namun mereka masih tidak memberikan aksi terbaik.
Dikala prestasi pemain tempatan berada di tahap memberangsangkan, pemain-pemain yang layu dan sendu seharusnya tidak diberikan tempat.
More Stories
Tok Gajah mahu calar rekod JDT
Sanusi ucap tahniah JDT tewaskan Kedah
Jasa ‘Nusi’ kepada bola Kedah, dari catatan Chegubard