Kemenangan cemerlang penuh pujian ketika mengalahkan Turkmenistan gagal diteruskan. Aksi menarik di separuh masa pertama menentang Bahrain malam tadi tidak sampai ke hujung. Malaysia akhirnya tewas 2-1 menjadikan perjalanan Kejohanan Kelayakan Piala Asia 2023 bertemu kesukaran.
Harimau Malaya memulakan separuh masa kedua dengan cemerlang. Gol Mohamadou Sumareh pada minit ke 55 tidak mampu mematahkan semangat anak buah Helio Sousa.
Bahrain berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 57 melalui A.Haram. Setelah itu pemain Harimau Malaya dilihat tidak segarang separuh masa pertama walaupun Pan Gon memasukkan 3 pemain iaitu Syafiq Rahim, De Paula dan Arif Aiman.
Perancangan seolah tidak menjadi dan pertahanan Bahrain dengan mudah mematahkan semua serangan Harimau Malaya. Malahan penjaga gol mereka Sayed Mohammed Jaffer tidak lagi perlu bekerja keras.
Kesilapan Farizal Marlias memberikan penalti dan A.Yusuf dengan mudah menyempurkannya pada minit ke 81. Gol kemenangan tersebut merentap semangat pemain kebangsaan.
Walaupun Harimau Malaya masih mampu membuat serangan namun tidak menyengat lagi. Beberapa percubaan lemah dengan penyerang utama yang tidak efektif.
Malaysia akan menamatkan aksi dengan perlawanan terakhir menentang Bangladesh pada selasa ini.
More Stories
Tok Gajah mahu calar rekod JDT
Sanusi ucap tahniah JDT tewaskan Kedah
Jasa ‘Nusi’ kepada bola Kedah, dari catatan Chegubard