Kenapa mesti bersenam walaupun anda seorang gamer atau suri rumah:
Bukan semua jenis senaman mampu mencapai objectif di bawah.
- Untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular , sekaligus menguatkan jantung dan mencegah penyakit jantung iskemia (serangan jantung).
- Bertujuan mengekalkan atau menambah daya tahan otot tubuh agar kita mampu melakukan aktiviti sama ada ringan atau berat dalam suatu tempoh yang lama.
- Agar kekuatan otot tubuh kekal atau meningkat. Hasilnya, kita mampu melakukan aktiviti fizikal serta tidak mudah lesu.
- Untuk mengekalkan atau menambah kelenturan sendi agar sendi mampu digerakkan tanpa rintangan atau kesakitan tatkala melakukan suatu aktiviti.
- Mengawal atau menurunkan berat badan ke tahap ideal berpandukan BMI (body mass index).
- Memperkasakan ketangkasan yakni keupayaan seseorang melakukan suatu pergerakan yang berturutan menuju arah yang berbeza.
Komponen kecergasan ini amat diperlukan jika anda seorang ahli sukan. - Meningkatkan kelajuan , kecepatan atau kederasan. Juga amat penting bagi seorang ahli sukan.
- Senaman yang sesuai boleh meningkatkan koordinasi seseorang. Koordinasi amat penting dalam situasi biasa serta kecemasan.
- Senaman juga mampu meningkatkan keupayaan imbangan tubuh sewaktu melakukan pergerakan atau dalam keadaan diam.
- Dengan melakukan senaman yang sesuai, masa tindak balas seseorang akan meningkat. Ini bukan tindakan refleks tetapi pergerakan yang terarah dan dirancang, sebagai contoh mekanik pergerakan dalam permainan online mobile legend .
More Stories
Tok Gajah mahu calar rekod JDT
Sanusi ucap tahniah JDT tewaskan Kedah
Jasa ‘Nusi’ kepada bola Kedah, dari catatan Chegubard