Panas dan kecoh kem Pendidikan Negara beberapa minggu lepas dengan isu kecil yang diperbesarkan. Kes tersebut sengaja dicetuskan oleh ibubapa yang kononnya sayangkan anak mereka. Tanpa mereka sedar tindakan tersebut hanyalah menjadikan anak-anak dimanjakan dengan cara yang salah.
Sepatutnya semua Rakyat Malaysia sedar dan tahu bahawa peraturan sekolah di Malaysia tidak membenarkan para pelajar berambut panjang. Ianya bukanlah sesuatu yang baru tetapi telah wujud dan dikuatkuasakan sejak sekian lama.
Malahan mungkin ada dikalangan ibubapa yang tidak puashati dengan tindakan guru menggunting rambut anak-anak mereka pernah dikenakan tindakan sama semasa zaman persekolahan dahulu. Sikap membela anak-anak secara membuta-tuli seperti ini adalah antara punca meningkatnya masalah disiplin di sekolah.
Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk memastikan kekemasan rambut dan pakaian anak-anak mereka. Mereka seharusnya berterima kasih apabila masih ada guru yang prihatin dan cakna untuk memastikan anak murid mereka bukan hanya akur dengan peraturan sekolah tetapi dilihat kemas dan berketrampilan baik sesuai dengan status sebagai seorang pelajar.
Jika kee kecil seperti inipun hendak dijadikan isu, berkemungkinan kes yang lebih serius dan lebih besar akan dijadikan isu juga. Ibubapa sepatutnya sedar bahawa beban tugas seorang guru alaf baru lebih rencam berbanding dulu. Guru bukan hanya mengajar aspek kurikulum tetapi dipaksa untuk melakukan terlalu banyak kerja penkeranian. Pelbagai data dan maklumat yang wajib didokumentasikan selain mesti memastikan para pelajar cemerlang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Tidak hairan apabila jumlah guru yang bersara awal lebih ramai berbanding bersara wajib. Tekanan kerja berlebihan dari pihak pentadbir dan jabatan serta rungutan ibubapa yang keterlaluan menjadikan para guru tidak betah bertahan menunggu hari persaraan. Akhirnya mengambil keputusan untuk segera keluar dari bidang pendidikan yang mulia ini.
Jika sikap tidak professional ibubapa seperti ini dilayan dan tidak dihentikan segera, tidak mustahil profesyen perguruan tidak akan diminati lagi dan Kementerian Pendidikan bakal mengalami kepupusan guru suatu hari nanti.
More Stories
DAP Islamfobia: Apakah salah menyatakan kebenaran?
Israel gembira Anwar jadi Perdana Menteri
Bekas Ketua Hakim Negara kritik tindakan Zahid