May 31, 2023

Sedapnya durian tapi ini yang anda perlu tahu sebelum makan

Spread the love

a. Durian kaya bahan asid amino tryptophan – Bahan ini menenangkan fikiran dan sesuai untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur).

b. Durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur. Bahan organosulfur (bahan bau) bersifat antikanser, antioksidan, antimikrob dan melindungi jantung.

c. Jika kita makan 100 g durian, kandungan kalorinya adalah 147 berbanding nasi – 151

d. Pesakit kencing manis tidak boleh makan durian secara berlebihan. Ada kajian menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetis. Namun, peratus penurunan gula darah oleh kulit durian lebih rendah berbanding glibenklamid (‘ubat’ hospital)

f. Ada kajian menunjukkan makan isi durian pada kadar tinggi boleh tingkatkan kadar denyutan jantung. Justeru makan ikut kadarnya

g. Durian kaya potassium. Kandungan potassium dalam isi durian adalah 426 mg dalam 100g isi durian. Justeru untuk sesiapa yang ada masalah buah pinggang, dinasihatkan jangan ambil berlebihan

h. Elak makan durian bersama paracetamol. Ini kerana dikhuatiri boleh sebabkan kesan toksik. Ujian ke atas tikus mendapati kombinasi durian dan paracetamol boleh menyebabkan suhu badan turun mendadak dan ia mungkin mendatangkan kesan toksik.

i. Durian juga tidak boleh diambil bersama-sama alkohol. Kes klinikal menunjukkan seorang wanita di India mati selepas mengambil durian bersama minuman beralkohol. Kombinasi alkohol dan durian boleh menyebabkan kembung perut. Memandangkan tapai juga mengandungi alkohol walaupun pada kadar yang rendah, pengambilan buah durian bersama tapai sebaiknya dielakkan.

Justeru makanlah durian ikut kadarnya dan mengikut cara yang betul

DrSuriRoowi Ph.D KMN

Principal Scientist

Rujukan;
a. Methods Find Exp Clin Pharmacol 2008, 30(10): 739
b. Tocmo, R. et al. doi: 10.3389/fnut.2015.00001
c. Michael J. Brown. Durio – A Bibliographic Review
d. Roowi, S. (2017). Petua dan Penawar (Siri 5). Utusan Malaysia. 19 Jan 2017.
e. Buku Ubat Dari Dapur