Jumaat Bukan Lagi Cuti Di Johor
Kerajaan negeri sedang meneliti semula cuti hujung minggu jumaat dan sabtu untuk digantikan dengan sabtu dan ahad.
Antara alasan yang dikemukakan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi bahawa beliau maklum mengenai keluhan rakyat mengenai cuti hujung minggu yang berbeza antara pihak kerajaan dan swasta.
“Perkara ini akan saya umumkan kelak setelah mendapat kaedah yang paling tuntas untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya ketika menyampaikan amanat khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (PERSADA), di sini, hari ini.
Untuk rekod, cuti hujung minggu yang sedang dinikmati oleh rakyat Johor adalah idea dari DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-55 pada 23 November 2013.
Baginda dilaporkan bertitah, pertukaran itu berkuat kuasa 1 Januari 2014 bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang.
Malaysian Review (MR) telah turun padang bertanyakan pendapat orang ramai berkenaan isu ini.
Kebanyakkannya tidak bersetuju dengan cadangan pihak kerajaan kerana sependapat dengan Titah Sultan Ibrahim untuk memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang.
Rata-rata mereka telah terbiasa dan selesa dengan suasana dan situasi yang ada sekarang terutamanya warga kerajaan sama ada negeri atau persekutuan.
Antara alasan yang paling popular ialah tidak perlu tergesa-gesa untuk turun kerja selepas solat Jumaat.
Selain itu, ada yang gembira dengan beza cuti sekarang kerana akan mengurangkan kesesakan di lebuhraya terutamanya musim cuti persekolahan.
Hampir 90 peratus dari responden yang kami temui, menolak cadangan Onn Hafiz. Ada banyak lagi perkara lain yang boleh dilakukan oleh Menteri Besar Johor daripada menyanggah Titah Baginda Sultan. Jangan jadi seperti bekas Menteri Pendidikan zaman PH, sibuk dengan hal kecil seperti kasut hitam.
More Stories
Bahaya kuasa kerajaan tempatan yang ramai kena tahu – FHO
UMNO perlu ‘Jebat’ untuk angkat martabat yang kini parah
DAP Islamfobia: Apakah salah menyatakan kebenaran?