Bekas anggota kumpulan nasyid NowSeeHeart, Mujahid Abd Wahab menghembuskan nafas terakhir di Bandung, Indonesia, jam 12.40 tengah hari (waktu tempatan).
Anggota NowSeeHeart, Huzaimi Zaini mengesahkan sahabatnya meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Bandung.
Bagaimanapun, sehingga kini, punca kematian belum dapat disahkan.
“Saya lihat hantaran dalam Facebook arwah masih sihat, dua hari lalu. Namun, hari ini saya terkejut menerima berita pemergiannya menerusi kumpulan WhatsApp rakan sekolah.
“Adik arwah dan kenalannya turut mengesahkan berita pemergiannya. Cuma, saya belum pasti punca arwah meninggal dunia hingga saat ini,” kata Huzaimi kepada BH Online.
Ketika ini, Huzaimi berkata, dia masih menanti perkembangan ahli keluarga arwah yang berusaha mahu membawa pulang jenazah ke Malaysia.
Sebelum ini, arwah pernah bertugas sebagai Artis & Repertoire, Universal Music Malaysia dan menjadi pemilik Rumpun Records.
Namun, arwah berhijrah ke Bandung untuk mengusahakan kafe dan syarikat pengurusan, Botram Media yang menguruskan artis seperti Raffa Affar pada 2016.
More Stories
Finding a Good Paper Writing Service
Pemberian PrEP untuk pasangan Gay, adakah KKM sokong LGBT?
Agenda DAP tapi UMNO laksanakan