Berita duka itu dikongsikan rakan artis, Datuk AC Mizal menerusi Instagramnya sebentar tadi.
“Sahabat kita yang versatil, Adibah Noor baru sahaja meninggal dunia.
“Salam takziah dari kami sekeluarga,” tulisnya.
Menurut sumber, Allahyarham sekian lama menderita penyakit kanser ovari tahap empat namun tidak berkongsi perkara itu kepada umum.
Jenazah Allahyarham masih berada di hospital Gleaneagles dan akan dibawa ke rumah kakaknya di Keramat Permai, Kuala Lumpur.
More Stories
Finding a Good Paper Writing Service
Pemberian PrEP untuk pasangan Gay, adakah KKM sokong LGBT?
Agenda DAP tapi UMNO laksanakan