June 4, 2023

Bangsa Johor tolak cuti hujung minggu Sabtu, Ahad

Spread the love

Seminggu selepas cadangan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menukar cuti hujung minggu negeri hari Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu dan Ahad, bangsa Johor masih memperkatakannya.

Kebanyakkan daripada mereka tidak bersetuju hujung minggu hari ahad kerana telah selesa dengan cuti mingguan hari Jumaat seperti titah Tuanku Sultan Johor. Ketenangan dalam mengerjakan solat Jumaat serta tidak perlu bersegera meninggalkan masjid selepas solat adalah perkara yang dijadikan alasan menolak cadangan tersebut.

Bangsa Johor juga beranggapan tidak ada keperluan mendesak untuk menukarkan cuti. Jumlah rakyat yang ‘terkorban’ kerana cuti beza negeri juga tidak ramai.

“Memang ada yang sedikit susah sebab Johor cuti jumaat, negeri lain cuti Ahad tapi jarak negeri lebih dekat berbanding Kelantan, Terangganu & Kedah. Kata Abdul Majid Budin.

Beliau yang bemenantukan orang Kelantan menambah “Kalau tukar Ahad, keadaan anak dsn menantu saya lebih menyusahkan. Perjalanan ambil masa 8 jam. Cuti habis diperjalanan sahaja.”

Rakyat Johor juga hairan dengan keputusan Menteri Besar kerana tiada permintaan dari rakyat untuk menukarkan cuti. Selain akur dengan Titah Baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar, Bangsa Johor juga sememangnya telah menikmati cuti pada hari Jumaat sejak sekian lama sebelum ditukarkan kepada ahad.

“Inilah sebahagian identiti Negeri Johor yang unik, cuti Jumaat mesti dikekalkan” sebahagian dari luahan rasa Md Salleh Daud dari Batu Pahat.

Jangan kerana desakan pihak tertentu yang berkepentingan, Bangsa Johor menjadi mangsa keadaan. Banyak lagi agenda yang boleh diberi perhatian. Selari dengan Titah Sultan Ibrahim dalam ucapannya pada Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-15 hari ini agar Johor dimajukan dan infrastuktur ditingkatkan.

Kalau Kerajaan Persekutuan pun Baginda Sultan boleh beri amaran, inikan pula Menteri Besar yang sememangnya di bawah genggaman. Biar cerdik memberi cadangan, jangan sampai rakyat kesusahan demi golongan yang berkepentingan. Sudahlah hidup rakyat dalam keperitan dek kerana permainan ahli politik gila jawatan. Biarlah kami hidup dalam ketenangan yang membahagiakan.