Kejohanan Mobile Legends Bang Bang South East Asia Cup (MSC) 2022 telah melabuhkan tirainya dan Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di KL telah menyaksikan pasukan RSG PH (Filipina) telah dinobatkan sebagai juara setelah berjaya menumpaskan pasukan RRQ Hoshi dari Indonesia 4-0 dengan membawa pulang piala pusingan serta hadiah wang tunai sekitar USD 140,000. Syarikat Penaja utama kejohanan tak lain tak bukan Shanghai Moonton Technology Ltd dari China. Yang ironis, permainan mobile legends diharamkan di negara China Komunis.
Sebanyak 12 pasukan dari 9 negara Asia Tenggara telah mengambil bahagian. Malaysia telah diwakili oleh Johan dan Naib Johan MLP (Mobile Legends Professional League) sesi ke9 iaitu pasukan TODAK dan ORANGE ESPORT.
Dari segi statistik kejohanan MSC yang berlangsung dari 11 Jun 2022 hingga 19 Jun 2022, semua pertandingan telah disiarkan secara live selama 73 jam dengan peserta media stream seramai 474 ribu orang. Grand Final telah ditonton pada waktu puncak seramai 2.8 juta yang mana majoritinya warga Indonesia.
Terdapat beberapa pengajaran dari kejohanan MSC buat adik adik yang minat dengan e-sport atau e-sukan.
Antaranya:
- Harus amalkan sukan fizikal yang mampu menambah daya tahan otot otot tangan, leher dan pinggang selain meningkatkan koordinasi dan masa tindak balas.
- Latihan demi latihan dengan pasukan yang handal harus ditingkatkan.
- Tonton Utube video permainan dan kejohanan bertaraf dunia.
4.Sediakan buku log, untuk merekodkan kesilapan dan pengajaran dari setiap game anda.
- Pastikan anda tidak terlepas waktu solat 5 waktu ketika bermain. Tunaikan solat dulu sebelum satu satu permainan.
6.Bagi yang masih di bangku sekolah, usah lupa untuk siapkan kerja kursus, kerja rumah dan projek kursus.
- Amalkan berdoa dan bertafakur sebelum memulakan permainan sama ada secara atas talian atau off line. Tabiat ini mampu mengurangkan perasaan panik dan darah gemuruh.
- Dapatkan restu ibu bapa sebelum terlibat dengan sebarang bentuk komitmen dengan mana mana pasukan.
More Stories
Tok Gajah mahu calar rekod JDT
Sanusi ucap tahniah JDT tewaskan Kedah
Jasa ‘Nusi’ kepada bola Kedah, dari catatan Chegubard