June 4, 2023

Wang tunai hilang dari peti besi, milik ibubapa dan dia untuk ubahsuai rumah kata Syed Saddiq

Spread the love

Syed Saddiq kata wang tunai yang hilang dari peti besinya adalah milik dia dan ibu bapanya untuk ubahsuai rumah.

Bagaimanapun, ia bercanggah dengan keterangan saksi pendakwaan.

Dalam perbicaraan hari pertama kesnya semalam, saksi pendakwaan (Pegawai Penyiasat SPRM) menyebut:

Transkrip laporan forensik yang mengandungi perbualan WhatsApp group antara Syed Saddiq dan ahlinya telah mendedahkan, wang itu merupakan sumbangan dana politik (discretionary fund) yang pernah dipohonnya.

(Bukti itu diperoleh daripada telefon milik Rafiq Hakim Razali, yang ketika itu merupakan Penolong Bendahari Armada Bersatu)

WhatsApp group itu turut mengandungi perbincangan mengenai alasan yang akan dimaklumkan kepada pihak media bagi menutup mulut orang ramai berhubung kehilangan wang tersebut (Malaysia Kini).

Pada akhir perbincangan, Syed Saddiq tidak bersetuju dengan cadangan ahli kumpulan dan memutuskan untuk mengeluarkan kenyataan bahawa sumber wang tersebut adalah daripada ibu, ayah dan dirinya sendiri. (Utusan).