May 28, 2023

10 Julai umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha

Spread the love

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Julai, 2022 kata Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah, 1443 Hijriah ialah pada 1 Julai, 2022 Masehi.

“Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Ahad, 10 Julai 2022 Masehi,” kata Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam satu kenyataan malam ini.