May 28, 2023

Senggugut mengganggu gugat kebahagiaan

Spread the love

Senggugut atau dalam bahasa perubatan “dysmenorrhoea”, tidak membawa maut namun ia menyusahkan, menjejaskankan kualiti hidup dan penyebab ketidakhadiran ke sekolah untuk remaja perempuan.

Bagi wanita yang sudah bekerjaya, ia penyebab tidak hadir ke tempat kerja.

Definisi:

Senggugut ialah aduan kesakitan ketika datang haidh atau datang bulan/ period, “menses” atau datang “kotor”.

Masyarakat kita sudah biasa dengan penggunaan istilah “period pain” merujuk kepada kesakitan di bahagian abdomen antara bawah pusat dan ari ari wanita.

Faktor risiko untuk dapat senggugut primer (spasmodik) :

  1. Aqil baligh awal (umur <12 tahun)
  2. Belum pernah mengandung atau bersalin
  3. Darah Haidh yang banyak atau tempoh haidh yang panjang
  4. Terdapat Sejarah keluarga senggugut
  5. Obesiti
  6. Merokok

Ciri-ciri senggugut primer:

  1. Episod Senggugut bermula tak lama selepas aqil baligh (< 6 bulan)
  2. Tempoh kesakitan selama 48-72 jam, selalunya bermula beberapa jam sebelum atau selepas darah haidh keluar.
  3. Kesakitan bersifat seperti otot kejang atau kesakitan hendak bersalin.
  4. Rasa sakit bahagian bawah abdomen sentiasa wujud dan ia merebak ke betis atau bahagian pinggang. Ciri ciri senggugut sekunder (kongestif):
  5. Episod senggugut bermula dalam lingkungan umur 20-30 tahun, tanpa ada sejarah senggugut sebelumnya.

Turun darah haidh yang banyak atau period tidak menentu. Kitaran haidh tidak tetap.

  1. Kesakitan di abdomen beserta abdomen terasa kembung, sakit belakang dn terasa berat bahagian pelvis.
  2. Lazimnya, kesakitan menyerang beberapa hari sebelum turun darah kotor dan kesakitan memuncak ketika darah period banyak keluar. (dikira dengan kadar penggunaan pad sanitasi).
  3. Terdapat sejarah kesakitan ketika melakukan hubungan kelamin.
  4. Kurang subur
  5. Dicaj faraj

Wujud sejarah sakit puan seperti endometriosis, fibroid dan jangkitan/radangan organ peranakan (pelvic inflammatory diseasea).

Diagnosis dan Rawatan:

Dapatkan nasihat dari Doktor anda.

Disclaimer:

Tulisan ini sekadar penerangan dan bukan untuk diagnosis, pengurusan dan rawatan.