June 4, 2023

Sembelit betul usus aku ni

Spread the love

Tak kelakar. Jangan Gelak. Yayasan Rome (Sebuah NGO yang ibu pejabatnya di California USA) telah mengklasifikasikan sembelit (“constipation”) seperti di bawah. Untuk diagnosis seorang itu menghadapi masalah sembelit, ia mesti memenuhi 2 dari 5 kriteria di bawah dalam masa 6 bulan kebelakangan.

(1)Kurang dari 3 kali buang air besar secara spontan dalam seminggu

(2)Meneran 25% masa yang dihabiskan dalam tandas untuk buang air besar

(3)Sekurang kurangnya 25% dari percubaan buang air besar menghasilkan najis yang keras atau berketul ketul.

(4) 25% percubaan buang air besar berakhir dengan rasa tak habis membuang.

(5) Terpaksa korek dengan jari untuk buang air besar 25% dari cubaan berak

Pengidap masalah sembelit mungkin tiada simptom atau mengadu hal hal di bawah.

a. Perut kembong

b. Sakit waktu buang air besar

c. Pendarahan dari dubur

d. Cirit: air najis keluar dari celahan rektum penuh

e. Kesakitan bahagian abdomen sebelah kiri

f. Sakit pinggang

g. Rasa tidak puas buang air besar

h. Meneran tatkala berak

i. Penggunaan jari untuk keluarkan najis 

j. Rasa atau keinginan untuk buang air besar tetapi tiada yang keluar tatkala di tandas

*Aduan dan tanda bahaya (RED FLAG) buat pengidap sembelit*

1. Pendarahan rektum: darah segar atau bercampur dengan najis

2. Sakit perut

3. Tidak boleh kentut

4. Muntah

5. Susut berat badan

Pelbagai faktor terlibat sebagai penyebab sembelit. Semua faktor ini sumbernya sama ada datang dari kolon/rektum atau di luar sistem usus.

Faktor di luar usus:

Tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti kurang pengambilan fiber/serabut dan air, berlebihan minum kopi/kafein dan lain-lain.

Faktor dalam usus/rektum:
1. Kolon tersumbat atau sempit (ketumbuhan, usus terpintal)

2. Pergerakan kolon lembap akibat penyalahgunaan ubat pelawas atau julap.

3. Rektum tersepit atau tersumbat dari pelbagai penyebab seperti kesan dari bersalin atau meneran.

Kesan Sembelit

A. Kanser usus:jangka panjang

B. Buasir: berdarah, dubur terkeluar, pembedahan.

C. Luka pada rektum.

*Tindakan Anda*

Sila rujuk Doktor anda.
Pastikan anda miliki kad perubatan hospital sebab kos rawatan mungkin tinggi. Insurans perubatan hendaklah dibeli sebelum anda mendapat buasir atau kesan sampingan dari sembelit seperti kanser usus.