Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed dianggap ‘orang luar’ untuk menilai prestasi menteri dan timbalan menteri PAS yang disindir sebagai “cap ayam”.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata penilaian prestasi Jemaah Menteri dinilai Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan bukan orang luar yang tidak kena mengena, selain mempunyai kepentingan peribadi.
Katanya, PAS juga tidak akan mudah melatah dengan dakwaan dibuat Nur Jazlan.
Tuan Ibrahim yang juga menteri alam sekitar dan air berkata, menteri dan timbalan menteri yang dipilih telah melaksanakan kerja mereka sebaik mungkin.
“Penilaian prestasi menteri dinilai oleh perdana menteri, bukan orang luar yang tidak ada kena mengena, yang ada kepentingan peribadi.
“Bagi saya yang berhak menilai ini selain daripada rakyat ialah perdana menteri, tentang Kabinet dia dan kita pun sentiasa ada pertemuan, pelaporan dan sebagainya.
“Kepada perdana menteri, prestasi-prestasi kita Alhamdulillah, kita menteri dan timbalan menteri PAS adakan pertemuan dengan perdana menteri untuk berkongsi, tukar pendapat apa yang perkara perlu kita baiki hingga setakat ini Alhamdulilah,” katanya.
Semalam, Nur Jazlan menunding jari terhadap kepimpinan PAS yang turut menyebabkan Ismail perlu menanggung pelbagai masalah negara.
Katanya, menteri PAS lebih bergaya dengan kedudukan dan pangkat, namun tidak kompeten dalam melakukan kerja.
“Realitinya perdana menteri memang terpaksa pikul segala masalah dan isu negara kerana barisan menteri yang ada dalam kerajaan hari ini memang tak boleh harap. Apatah lagi menteri dan timbalan menteri yang dilantik daripada kalangan pemimpin PAS. Semuanya jenis menteri cap ayam,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Katanya, menteri daripada PAS tidak mempunyai kebolehan memimpin dan menguruskan kementerian diterajui, namun berlagak mengalahkan menteri Eropah.
More Stories
Finding a Good Paper Writing Service
Pemberian PrEP untuk pasangan Gay, adakah KKM sokong LGBT?
Agenda DAP tapi UMNO laksanakan