May 28, 2023

Prank Tarik tudung dua wanita Islam, Youtuber didakwa di mahkamah

Spread the love

Seorang lelaki yang didakwa menarik tudung yang dipakai dua wanita sebagai gurauan untuk kandungan ‘prank’ Youtuber dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam setelah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata satu laporan polis dibuat susulan penyebaran video gurauan yang didakwa disiarkan lelaki berusia 24 tahun itu pada Isnin.“Pada pukul 7.30 malam Isnin, polis menahan suspek bagi membantu siasatan.“Dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil di Mahkamah Majistret semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya tidak merakam dan menyebarkan video yang boleh mengganggu keharmonian dan mencetuskan sensitiviti orang ramai.

Terdahulu, seorang lelaki dikenali sebagai Nick menyiarkan video memohon maaf atas kandungan Youtubenya yang didakwa menunjukkan dia menarik tudung yang dipakai dua wanita.

Media melaporkan, berdasarkan maklumat yang diterima, Ashari berkata, video itu dibuat untuk mendapat perhatian di media sosial.

Katanya, polis belum menerima sebarang laporan daripada dua wanita yang terbabit dalam video berkenaan.

“Kami sedang mencari kedua-dua wanita itu untuk merekodkan keterangan mereka mengenai kejadian itu,” katanya.

Semalam (5 Julai) lelaki yang juga Youtuber dikenali Nick memohon maaf atas keterlanjurannya memuat naik video ‘prank’ tarik tudung dua wanita di saluran Youtubenya dengan mendakwa kononnya untuk melihat sama ada orang Melayu masih mempertahankan agama Islam.

Permohonan maaf itu dibuat menerusi video terbaru yang dimuat naik di Youtube, tidak lama selepas mencetuskan kontroversi.

Sekalipun sudah menjelaskan perkara sebenar, rata-rata netizen terus melemparkan kecaman terhadapnya dan menganggapnya kurang ajar kerana tidak menghormati wanita Muslimah.

Dalam video sama, dua wanita terbabit turut memohon maaf kepada semua yang tersinggung selepas 

menonton rakaman yang tular itu.

Menerusi video terdahulu, Nick menjelaskan video dimuat naik itu adalah eksperimen sosial dilakukannya untuk melihat sejauh mana reaksi netizen dan turut memberitahu dua wanita yang kononnya menjadi mangsa ‘prank’ adalah rakannya.