June 4, 2023

PAS Perak salur RM30 ribu bantuan awal kepada mangsa banjir Baling

Spread the love

PAS Perak yang di wakili Pesuruhjaya , YB Hj Razman Zakaria hari ini menyampaikan sumbangan untuk bencana banjir kawasan Baling. Beliau diiringi bendahari PAS Perak Hj Ismail Arifin menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM30 ribu. Sumbangan adalah hasil kutipan ahli PAS melalui kawasan kawasan.

Sumbangan ini adalah tanda kebersamaan menanggung musibah banjir yang melanda Baling baru baru ini. YB Hj Razman segera mengarahkan kawasan membuat kutipan pusingan pertama untuk disalurkan kepada pusat operasi banjir PAS kawasan Baling.

Menurut YB Razman, ia adalah permulaan bantuan PAS Perak selain bantuan tenaga yang telah di gerakkan lebih awal. Menurutnya lagi PAS Perak akan sentiasa memantau perkembangan dan bersedia untuk bantuan berikutnya. Beberapa kawasan sedang menyusun jentera dan kutipan untuk digerakkan selepas hari raya korban.

Haji Razman berharap agar mereka yang ditimpa musibah akan bersabar dengan ujian Allah.”Sebagai parti politik islam, menjadi tanggungjawab kami membantu tanpa mengira fahaman politik. Semoga sumbangan kecil ahli PAS Perak ini dapat meri ganlan beban mereka” ujarnya.