Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sedang mengalami gangguan elektrik sejak jam 12:39 tengahari ini melibatkan 2.2GW yang merupakan 10% daripada keseluruhan permintaan bekalan.
Antara kawasan-kawasan terlibat adalah di Petaling Jaya, Cheras, Bangi, Bayan Lepas, Seberang Jaya, Panchor dan Bandar Indera Mahkota. Walaubagaimanapun, bekalan telah dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terlibat kecuali di kawasan-kawasan terbabit di Lembah Kelang.
Punca kejadian sedang dikenalpasti dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.
TNB akan memaklumkan kepada para pelanggan dari masa ke semasa. Kami mohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini.
More Stories
Finding a Good Paper Writing Service
Pemberian PrEP untuk pasangan Gay, adakah KKM sokong LGBT?
Agenda DAP tapi UMNO laksanakan