
PAK TEH BAKAL AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG JIKA MOHD AZIZIE ABD AZIZ GAGAL MOHON MAAF SECARA TERBUKA KERANA MEMFITNAH.
Pagi ini Pesuruhjaya PAS Negeri Perak merangkap Ahli Exco Kerajaan Perak yang juga ADUN Gunung Semanggol, Pak Teh YB Haji Razman Zakaria mendapat maklum bahawa satu fitnah jahat yang cuba dihidupkan semula oleh seorang pemegang akaun FB atas nama Mohd Azizie Abd Aziz yang ditabur dalam FB:
https://www.facebook.com/10000058…/posts/5941148799248007/
Sebelum ini pada 8hb Mac 2021 Pak Teh telah pun melaporkan kepada polis tentang poster yang tersebar pada tahun lepas:-
https://www.utusan.com.my/…/pas-perak-lapor-polis…/
Pihak Pak Teh masih lagi menunggu hasil siasatan tersebut.
Pagi ini fitnah yang sudah tidur dikejutkan semula oleh penama Mohd Azizie Abd Aziz didinding FB milik peribadinya.
Atas nama ehsan dan bertimbang rasa, maka Pak Teh terlebih dahulu telah memberi tempoh 24 jam kepada beliau untuk memohon maaf secara terbuka di Facebook peribadinya dan sekirannya gagal melakukan seperti dipohon maka Pak Teh YB Haji Razman Zakaria tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.
More Stories
Finding a Good Paper Writing Service
Pemberian PrEP untuk pasangan Gay, adakah KKM sokong LGBT?
Agenda DAP tapi UMNO laksanakan