Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini mempengerusikan mesyuarat ketiga kerajaan Negeri yang membincangkan penyelarasan semula cuti hujung minggu bagi negeri Johor.
Menurutnya, hasil dapatan dan perbincangan ini akan disembah untuk mendapatkan pandangan dan perkenan DYMM Tuanku Sultan Johor.
“Antara yang hadir adalah wakil sektor kerajaan, swasta, pendidikan, pemain industri termasuk perbankan dan juga Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).
“Antara yang menjadi perhatian utama adalah perbezaan cuti antara ibu bapa dan anak-anak yang menyebabkan mereka sukar untuk meluangkan masa bersama,” katanya menerusi kiriman di facebooknya sebentar tadi.
Katanya, keputusan yang bakal dibuat akan membabitkan 576,691 pelajar dan 1.764 juta tenaga kerja di Johor di mana majoritinya (93%) adalah dari sektor swasta.
Namun, katanya, apa jua yang diputuskan, tahap pendigitalan di negeri ini akan terus diperhebatkan.
“Negeri yang boleh beroperasi secara digital akan lebih memudahkan urusan rakyat dan ekonomi, tanpa mengira hari cuti minggu. Peningkatan digital ini sahaja sudah boleh menyumbang kepada kesejahteraan Bangsa Johor, tanpa perlu ke kaunter fizikal,” katanya.
Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan), Dato’ Mohamed Ridha Dato’ Haji Abd. Kadir; Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), Dato’ Haji Mohd Noh Ibrahim; Timbalan Mufti Negeri Johor, Dato’ Hj Ahmad Faisal Mohamed; Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tuan Haji Ahmad Nazir Haji Mohd Nasir; Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor, Mohd Gadaffie Abd Aziz; Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Johor, Naim Fahmi Ahmad Tajuddin; Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dato’ Dr. Aman Bin Rabu; Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Johor, Puan Sarinah Apisah; Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Md Said Md Daimon; Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Johor, Tuan Baharuddin Tahir; Pengarah Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Johor, Tuan Sazali Mohamad; Penolong Kanan Pengarah Kastam, Fauziah Sarman; Regional Director Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM), Datin Munirah Che Rose; Head, Supervision & Support ABM, En. Zamlee Kamari; Johor Branch Chairman Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), En. Saw Seong Ho dan Perunding – Perhubungan Industri Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Southern Region Office, Puan Noor Aishah KM Abu Bakar.
More Stories
Finding a Good Paper Writing Service
Pemberian PrEP untuk pasangan Gay, adakah KKM sokong LGBT?
Agenda DAP tapi UMNO laksanakan