Bekas pemimpin PAS yang keluar parti, Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali membidas pembangkang yang dilihat bergembira selepas keputusan kes mahkamah mensabitkan hukuman penjara terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata tidak wajar menghina seseorang yang dijatuhi hukuman dan mengingatkan pemimpin pembangkang juga ada yang sedang berdepan kes di mahkamah ketika ini bersabit jenayah rasuah tanpa menamakan individu tersebut.
“Saya turut bersedih dengan ujian yang berlaku terhadap Najib dan yakin beliau mampu tabah, sabar serta meneruskan perjuangan.
“Namun, saya melihat ada kalangan pimpinan parti pembangkang yang mula berseronok dengan pelbagai kenyataan, tetapi, jangan lupa, beberapa pimpinan mereka juga sedang berhadapan dengan kes di mahkamah,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.
Semalam, panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Najib dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.
Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini.
Untuk rekod, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng juga ketika ini sedang berdepan pertuduhan melibatkan penyelewengan dalam projek terowong bawah tanah dan Presiden Parti MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga sedang berdepan pertuduhan melibatkan penyelewengan dana bekas partinya, Bersatu.
More Stories
Finding a Good Paper Writing Service
Pemberian PrEP untuk pasangan Gay, adakah KKM sokong LGBT?
Agenda DAP tapi UMNO laksanakan