June 4, 2023

UMNO solo idea guru Zahid? – FHO

Spread the love

PRU 15 dilihat semakin hampir. Desakan demi desakan dalam kepimpinan umno khasnya selepas hukuman kepada DS Najib semakin ketara.


Umno atau lebih tepat pemimpin umno khususnya DS Zahid dilihat sangat terdesak. Kegagalan beliau mendesak rakan dalam kerajaan PN menarik dakwaan kepadanya seperti didedahkan media adalah punca move menggantikan PM dari UMNO, namun tetap gagal.

DS Zahid didedahkan mempelopori Jajaran Baru bersama PH khasnya Anwar dan DAP. Walaupun PAU menolak Anwar dan DAP, namun ternyata DS Zahid mengkhianatinya melalui sokongan kepada Anwar di akui oleh Anwar sendiri. Dakwaan audio “guru dan murid” tidak dinafikan secara jelas oleh Anwar sebaliknya memberi isyarat ia benar namun tidak salah.

DS Zahid kini membawa agenda UMNO bertanding solo dan di sambut pengikut klusternya. Apakah benar ini agenda umno atau agenda Anwar-PH melalui Zahid demi menyelamatkannya dari tirai besi. Bertanding Solo beerti pertandingan tiga penjuru. PRU 14 menyaksikan PH menjadi kerajaan melalui pertembungan 3 penjuru.

Usaha penyatuan melalui MN telah gagal. Mencari dan menuduh pihak yang bersalah tidak menyelesaikan masalah sebaliknya menambah masalah. PAS memilih bersedia berunding dengan sesiapa sahaja kecuali DAP dan Anwar. Pengalaman dalam PR mematangkan PAS.

Idea menolak DAP dan Anwar adalah idea dan aspirasi PAS yang turut dikongsi PAU yang lalu. Walaupun idea ini tidak begitu tuntas bagi Bersatu, PAS tetap bertegas. Begitu juga dalam umno yang menolak Anwar dan DAP namun Zahid berulangkali menegaskan sebaliknya melalui tindakan beliau.

Umno cuba di bawa untuk bergerak solo dalam PRU 15 atas alasan punyai kekuatan. Namun hakikat ini tidak diyakini mereka melalui kenyataan sedia berunding dengan “siapa sahaja” selepas PRU. Siapa sahaja itu termasuk Anwar dan DAP yang di tolak PAU.

Saya melihat, pertandingan tiga penjuru melalui “umno bergerak solo” adalah idea guru Zahid untuk ulangan kemenangan PH. Zahid amat sedar, hanya kemenangan PH memungkinkan “gurunya” menyelamatkan belau dari menerima nasib seperti Najib. Kerajaan campuran yang ada PAS di dalamnya tidak mungkin menyelamatkan beliau kerana bagi PAS, tiada campurtangan mahkamah. Beri kebebasan kepada undang undang menegakkan keadilannya.

Apa pilihan umno dan penyokongnya. Berkongsi idea dan aspirasi menolak Anwar dan DAP bersama PAS namun presidennya memiliki jalan cerita berbeza. Apa pula pilihan rakyat dan pengundi..?

FHOAS
IPOH
250822