May 31, 2023

Siang Alert: Waspada dengan penipuan libat urusan Haji

Spread the love

SCAM ALERT: WASPADA PENIPUAN URUSAN HAJI

Tabung Haji (TH) menasihatkan semua pendeposit agar berhati-hati sekiranya menerima panggilan atau pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali yang meminta maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan dan nombor akaun.

TH juga tidak pernah melantik mana-mana individu atau pihak ketiga untuk menawarkan sebarang bantuan dana bagi permohonan rayuan haji bagi tahun 1444H/2023M melalui panggilan mahupun pesanan ringkas.

Sumber: Official : Lembaga Tabung Haji