PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dipanggil polis untuk diambil keterangan susulan pendedahan beliau berhubung projek kapal tempur pesisir (LCS).
Perkara itu disahkan Rafizi menerusi satu ciapan di Twitter miliknya yang turut memuat naik surat arahan menghadiri siasatan polis.
Katanya, beliau diminta hadir ke di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada pukul 3 petang ini.
Ads by Kiosked
“Saya akan hadir pada 3 petang ini untuk dirakam kenyataan berikutan laporan polis yang dibuat minggu ini.
“Saya harap polis juga bertindak secepat mungkin (seperti ini) untuk menyiasat laporan dibuat Akmal Nasir (Pengarah Strategi PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir) terhadap Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas),” katanya.
Semalam, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai dilaporkan berkata akan memanggil Rafizi pada minggu depan bagi siasatan kes dakwaan fitnah projek kapal tempur pesisir (LCS).
Kelmarin, Abd Latiff mengesahkan diambil keterangan oleh polis.
Ini susulan laporan polis dibuat oleh Pegawai Tugas-Tugas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Sayed Ahmad Mui’izzuddin Al-Sayed Mohamad terhadap Rafizi.
More Stories
Finding a Good Paper Writing Service
Pemberian PrEP untuk pasangan Gay, adakah KKM sokong LGBT?
Agenda DAP tapi UMNO laksanakan