June 4, 2023

Zahid terima rasuah untuk dirinya sendiri

Spread the love

Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi, hari ini, bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menerima suapan untuk dirinya sendiri.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Abdul Malik Ayob, berkata sumbangan diserahkan oleh pegawai Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu adalah secara peribadi dan tidak pernah dibayar ke dalam akaun UMNO walaupun ia dikatakan untuk sumbangan politik.

“Walaupun pihak pembelaan berkata wang itu adalah sumbangan politik, ia tidak dibayar kepada parti politiknya.

“UKSB juga tidak pernah membayar wang itu ke dalam akaun UMNO atau menerima resit daripada pembayaran itu. Tertuduh juga tidak pernah menolak atau menyerahkan wang itu semula apabila wang berkenaan diserahkan kepadanya,” katanya dalam hujah di akhir kes pendakwaan.