May 28, 2023

PRU15: Jangan pandang remeh Perikatan Nasional

Spread the love

TAN Sri Muhyiddin Yassin membuat penampilan hebat di Majlis Perasmian Muktamar Pas Ke-68 pada Sabtu.

Buat kali pertama dalam tempoh hampir lima dekad, muktamar diadakan ketika Pas merupakan ahli gabungan rasmi – Perikatan Nasional (PN) – yang membentuk Kerajaan Persekutuan dan Muhyiddin selaku Pengerusi PN dijemput menghadiri perhimpunan agung tahunan itu.

Muhyiddin mendapat sambutan yang hangat. Beliau duduk di sebelah Hadi di pentas utama dan para perwakilan bersorak setiap kali namanya disebut.

Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung Pas merangkap Pengerusi Jawatankuasa Muktamar, menyebut secara khusus dalam ucapannya mengenai sumbangan Muhyiddin untuk membawa Pas ke dalam Kerajaan Persekutuan pada Mac 2020.

Hadi, dalam ucapan dasarnya juga, mengiktiraf sumbangan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Nampaknya, hubungan Pas dan Bersatu telah mencapai tahap baharu. Kedua-dua parti kini bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum di bawah panji PN, walaupun terdapat gesaan perwakilan supaya Pas menggunakan logo sendiri di Kedah, Kelantan dan Terengganu – yang akan diputuskan oleh Majlis Tertinggi PN nanti.

Tetapi Hadi selaku pemimpin yang cukup masak dengan politik – tahu permainan politik. Buat masa ini, PN tidak boleh membentuk Kerajaan Persekutuan secara bersendirian.

Beliau mahu Pas kekal dalam Kerajaan Pusat selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Dan untuk merealisasikannya, beliau perlu bekerjasama dengan ‘rakan-rakan dalam UMNO’ – yang bukan daripada `Kluster Mahkamah’ dan merupakan pemimpin dari kem Ismail Sabri.

Hadi juga tahu adanya perbincangan pintu belakang di antara Ismail Sabri dengan DAP. Jika keadaan mendesak, Ismail Sabri mungkin boleh sahaja mengajak DAP menyertai Kerajaan Persekutuan dan Pas akan ditinggalkan. Hadi tidak mahu perkara ini berlaku.

Muhyiddin dan Hadi Awang hadiri Muktamar Pas Ke-68.
Muhyiddin Yassin dan Abdul Hadi Awang ketika Muktamar Tahunan Pas Ke-68 di Alor Setar. – Sumber: FB Muhyiddin Yassin

Oleh itu, beliau menyusun perkiraan dengan membuat langkah – iaitu Pas kekal dengan PN – tetapi terbuka untuk bekerjasama dengan kem bukan Kluster Mahkamah dalam UMNO.

Sementara itu, perkembangan terkini mengenai sentimen sokongan pengundi terhadap gabungan parti yang bakal bertanding dalam PRU-15 telah dibincangkan dalam mesyuarat parti masing-masing.

Dalam mesyuarat MT UMNO pada 27 Ogos lalu, Ismail Sabri berkongsi laporan rasmi yang menunjukkan BN hanya selesa di 40 kerusi Parlimen. Selebihnya kerusi sama ada ‘hitam’ atau ‘kelabu’. Jika pilihan raya diadakan sekarang – seperti yang dituntut Kluster Mahkamah – BN akan kalah teruk.

Pada 24 Ogos, Pakatan Harapan (PH) juga mengadakan Mesyuarat Majlis Presiden, di mana pemimpin tertinggi parti diberi taklimat tentang situasi politik terkini.

PH tidak berupaya menambah pengaruh di kawasan Melayu dan hanya boleh memenangi maksimum 55 kerusi Parlimen – iaitu di kerusi bukan majoriti Melayu di Semenanjung.

PH juga perlu bekerjasama dengan parti lain selepas pilihan raya jika mahu berada dalam Kerajaan Persekutuan. Ini bermakna, Anwar akan kekal sebagai ‘PM tepi’.

Maklumat juga muncul dari dalam Bersatu. Parti telah secara senyap sejak dua tahun lalu menjalankan banyak tinjauan mengenai sentimen pengundi di peringkat nasional dan tempatan. Oleh ZAINI ALIAS