Kerajaan negeri Pulau Pinang membatalkan darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada bekas perdana menteri Najib Razak berkuat kuasa hari ini.
Najib dianugerahkan Darjah Utama Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Dato’ Seri Utama itu pada 2009.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Pulau Pinang Mohd Zakuan Zakaria berkata, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Ahmad Fuzi Abdul Razak bersetuju kerajaan negeri membatalkan darjah kebesaran Najib itu berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos mengekalkan sabitan dan hukumannya dalam kes SRC International.
More Stories
Finding a Good Paper Writing Service
Pemberian PrEP untuk pasangan Gay, adakah KKM sokong LGBT?
Agenda DAP tapi UMNO laksanakan