May 31, 2023

Perak komited capai 100 peratus SSR beras

Spread the love

Semalam telah berlangsung Mesyuarat Bersama – sama Exco Pertanian Negeri Bil 1/2022 yang diadakan di Wisma Tani, Putrajaya.

Pelbagai perkara dibincangkan meliputi kepada usaha memastikan segala agenda sekuriti makanan dapat diperkasakan.

Antara lain, Pak Teh telah menyuarakan dalam mesyuarat tersebut bagi pihak agensi kerajaan mengadakan kajian terperinci khususnya di kawasan skim Jelapang padi IADA Kerian meliputi aspek pengairan, perataan tanah dan kesuburan tanah melalui peruntukan yang munasabah. Purata pengeluaran hanya 3.1 metrik tan/hektar perlu dipertingkatkan kepada 5-7 metrik tan/hektar untuk mencapai SSR beras kepada 100% In sha Allah boleh tercapai.

Tambahan lagi, empangan Bukit Merah yang perlu kepada usaha pendalaman serta saluran air yang boleh disalurkan daripada Sungai Perak atau dibina Tubewell atau kolam tadahan air hujan yang bersistematik untuk kegunaan pertanian dan domestik.

Pak Teh juga menyuarakan pandangan mengenai isu tindakan bersepadu yang perlu diperkasakan antara agensi seperti IADA dan JPS disemua kawasan yang mengalami masalah penyelengaraan pengairan yang sentiasa berlaku setiap tahun.

In sha Allah pihak kerajaan amat komited melaksanakan segala hasil perbincangan ini sedaya dan semampu mungkin untuk kedaulatan makanan negara.

Terima kasih MAFI