KEPUTUSAN sama ada dirinya akan tercalon untuk Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) masih menjadi kerisauan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Perkara itu menjadi kebimbangan yang diluahkan Khairy selain isu banjir yang dibincangkan dalam mesyuarat kabinet pada Rabu berkaitan PRU15.
“Kebimbangan? Saya tidak mempunyai kerusi untuk bertanding,” katanya dalam nada bergurau selepas merasmikan Konvensyen Perubatan Dermatologi dan Estetik Asia (ADAMS) di ibu negara.
Namun, Khairy tidak mengulas lanjut berkenaan perkara tersebut.
Terdahulu, Khairy yang kini merupakan Ahli Parlimen Rembau dikhabarkan akan berpindah ke kawasan lain pada PRU15.
Beliau dikatakan tidak akan mempertahankan Rembau pada PRU15, kerusi yang disandangnya sejak 2008 bagi memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu kini merupakan ADUN Rantau dan dalam perancangan untuk berpindah ke Kerusi Persekutuan pada PRU15.
More Stories
Facebooker kongsi artikel DAP-PH cetus api perkauman yang pernah disenaraikan Asyraf Wajdi
“Jangan pandang enteng pada UMNO” kenyataan Annuar Musa bikin Anwar dilema
Ranjang politik Zahid-Anwar