May 28, 2023

Berlaku rampasan kuasa, Presiden China digulingkan

Spread the love

BEIJING: Sejak semalam, pengguna media sosial di China dihebohkan dengan penyebaran maklumat mengenai rampasan kuasa sehingga menyebabkan Presiden Xi Jinping disingkirkan dari kerajaan.

Khabar angin itu menyebut Presiden China itu digulingkan sebagai Ketua Tentera Pembebasan Rakyat China atau PLA.

Spekulasi itu juga mendakwa Jinping sudah dikenakan tahanan rumah selepas dipecat dari PLA.

Namun, sehingga kini tiada sebarang pengesahan rasmi dari kerajaan berhubung dakwaan tersebut.

Khabar angin itu turut tular dalam kalangan rakyat China di Twitter dengan kebanyakannya mengaitkan pemimpin itu dikenakan tahanan rumah.

Pengguna media sosial memaklumkan PLA sudah mengambil alih kawalan tentera dan Li Qiaoming yang merupakan Ketua PLA bakal dilantik sebagai Presiden China baharu.

Selain itu, penyebaran maklumat itu turut mendapat perhatian bekas menteri Kabinet dan ketua BJP, Subramaniam Swamy di India.