.
MB Johor bidas pembangkang tak peduli banjir
Johor Bahru: Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas ahli Parlimen pembangkang di negeri itu kerana didakwa tidak turun ke kawasan mereka yang terjejas banjir kilat, baru-baru ini.
Katanya, beliau tidak melihat kelibat ahli Parlimen di kawasan terjejas banjir khususnya di Parlimen Iskandar Puteri, Pulai dan Sri Gading.
“Sehari dua ini, banjir berlaku di Parlimen Iskandar Puteri, Pulai dan Sri Gading namun kelibat Ahli Parlimen di kawasan-kawasan ini langsung tidak dirasai.
“Oleh itu, mungkin tidak menjadi masalah untuk Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang lain jika diadakan PRU (Pilihan Raya Umum) semasa musim banjir.
“Mereka bukannya turun ke kawasan pun walaupun berlaku banjir. Biasanya masa kempen PRU barulah mereka akan menjelma,” katanya.
Semalam, Pengarah Strategi PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dilaporkan mencabar pemimpin Umno Johor menyuarakan supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak diadakan ketika musim tengkujuh susulan kejadian banjir kilat yang melanda beberapa daerah di negeri ini.
Ahli Parlimen Johor Bahru itu dilaporkan mahu pemimpin Umno seperti Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan menyuarakan perkara itu kepada Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk tidak mendesak PRU-15 disegerakan sebaliknya menumpukan bantuan kepada rakyat.
Hujan lebat dan fenomena air pasang yang berlaku kelmarin menyebabkan beberapa lokasi di bandar raya Johor Bahru dinaiki air
Beberapa kawasan di Pontian, Batu Pahat dan Muar juga turut banjir dengan hampir 200 penduduknya dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan banjir yang berlaku.
- HM
More Stories
Finding a Good Paper Writing Service
Pemberian PrEP untuk pasangan Gay, adakah KKM sokong LGBT?
Agenda DAP tapi UMNO laksanakan