KENYATAAN MEDIA
ARAHAN JENTERA PARTI BERSIAP SEDIA HADAPI PRU15
PAS mengarahkan seluruh Jentera Pilihan Raya Parti di semua peringkat bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.
Sehubungan dengan itu juga semua pemimpin dan Ahli PAS dikehendaki menjaga serta mematuhi tanzim dan disiplin Parti dengan menerima segala ketetapan dan keputusan yang dibuat terutama oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atas dasar wala’ dan taat yang tidak berbelah bahagi.
Sebarang kenyataan media tidak boleh dibuat melainkan dengan kebenaran Presiden PAS bagi mengelakkan timbulnya suasana yang boleh merugikan perancangan dan perjuangan Parti khususnya dalam menghadapi PRU15.
Justeru itu semua peringkat Parti perlu menumpukan usaha memantapkan gerak kerja pilihan raya sebagaimana dirancang untuk dilaksanakan terutama melalui pengarahan Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.
PAS yakin dengan perjuangan yang berteraskan Islam serta hala tuju yang jelas demi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara, PAS akan terus memberikan khidmat bakti kepada negara dan rakyat jelata selepas PRU15 bersama-sama dengan gabungan muafakat politiknya yang mempunyai matlamat yang sama.
“MALAYSIA SEJAHTERA”
Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 30 September 2022
More Stories
Finding a Good Paper Writing Service
Pemberian PrEP untuk pasangan Gay, adakah KKM sokong LGBT?
Agenda DAP tapi UMNO laksanakan