Umno telah membuat keputusan agar parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan Piihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan pada tahun ini, kata setiausaha agungnya, Ahmad Maslan.
Ahmad Maslan berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang diadakan di ibu pejabat Umno, Kuala Lumpur malam tadi.
Justeru katanya, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.
“Keputusan mesyuarat ini adalah berasaskan pendirian konsisten Umno sejak dari awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertangguh akibat pandemik Covid-19 setelah runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan kerana persengketan dalaman politik sesama mereka,” katanya dalam sidang media malam tadi.
.Sehubungan itu, katanya, semua jentera parti di setiap peringkat diarahkan memuktamadkan segala persiapan yang telah dibuat sebelum ini bagi memasuki fasa pembubaran parlimen sehinggalah tarikh PRU15.
“Umno percaya hanya dengan mengembalikan hak rakyat bagi membolehkan mandat sebenar diperolehi, maka sebuah kerajaan yang stabil dapat dibentuk bagi memulihkan negara khususnya dalam aspek ekonomi yang berkait rapat dengan soal kesejahteraan hidup mereka, di samping beberapa usaha pembaharuan institusi ke arah mewujudkan tadbir urus yang lebih baik buat negara,” katanya.
More Stories
Facebooker kongsi artikel DAP-PH cetus api perkauman yang pernah disenaraikan Asyraf Wajdi
“Jangan pandang enteng pada UMNO” kenyataan Annuar Musa bikin Anwar dilema
Ranjang politik Zahid-Anwar