IPOH – Hujan lebat selama beberapa jam sejak petang Selasa menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima laporan kejadian banjir di Akademi Badminton, Bandar Meru Raya dan kawasan Ulu Chepor di sini.
“Kesemua mangsa di akademi badminton itu keluar sendiri dan tiada pemindahan mangsa dibuat setakat ini.
“Pemantauan banjir di lokasi terlibat masih dilakukan oleh pihak bomba sehingga kini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam Selasa. – Bernama
More Stories
Finding a Good Paper Writing Service
Pemberian PrEP untuk pasangan Gay, adakah KKM sokong LGBT?
Agenda DAP tapi UMNO laksanakan