June 4, 2023

Bukan UMNO atau PN, PAS Istiqomah dengan penyatuan ummah

Spread the love

BUKAN UMNO ATAU PN..

Perpaduan itu perintah agama. Perpecahan itu galakan syaitan. Syaitan mahu ummat berpecah. Begitu juga dalam sejarah manusia dan islam. Perpecahan adalah senjata musuh.

Berulangkali munafiqin menghasut perpecahan di kalangan ummat islam. Setelah Rasulullah berjaya menyatukan Aus dan Khazraj menjadi Ansar dan mempersaudarakann dengan Muhajirin, dendam dan kebencian musuh memuncak. Samada musyrikin Mekah yang berharap gagalnya pembentukan Madinah, begitu juga munafiq dan Yahudi Madinah yang berharap berderainya kerajaan perpaduan pimpinan Rasulullah.

Dalam perjalanan balik dari Perang Muraisi’, Abdullah bin Ubay selaku kepala Munafiq cuba meracun golongan Ansar akibat dari perbalahan maula Umar dengan pemuda Ansar. Keadaan panas ini di bongkar oleh Allah dalam surah Munafiqun.

Begitu juga api yang dimarakkan melalui kerja jahat Yahudi bernama Syais ibn Qais kerana cemburu melihat kemesraan aus dan khazraj. Dengan membangkitkan dendam dan bara peperangan Buats, hampir berlaku peperangan antara mereka. Mujurlah Rasulullah mendamaikan.

Kehancuran khilafah Uthmaniah dan penjajahan ke atas negara ummat islam dilaksanakan melalui strategi pecah dan perintah. Menggunakan “si rakus dan si bodoh” menjadi alat membunuh penyatuan ummah.

PAS istiqamah dengan penyatuan Melayu Islam dan bukan islam yang tidak ekstrem. Pernyataan ini di pertegaskan dalam muktamar. Menyeru supaya usaha menghidupkan Muafakat Nasional. Ini bukan beerti mematikan Perikatan Nasional. Menghidupkan MN kerana ia dilihat seakan mati.

Ada yang keliru, menghidupkan MN dilihat mematikan PN sedangkan penegasan PAS adalah penyatuan keduanya. Tidak berubah dan belum pernah berubah.

Ada di kalangan umno yang ghairah dengan seruan menghidupkan MN hingga mahu mematikan PN. Ada pula yang keliru dalam Bersatu mahu PAS melupakan MN. Ada juga yang “ghairah” dalam PAS hingga mahu melupakan salah satu dari keduanya.

Mursyidul Am di laporkan membuat penegasan PAS mahu keduanya. Tiada siapa boleh memaksa PAS meninggalkan salah satu dari keduanya. Inilah konsep dan perjuangan penyatuan Ummah yang di bawa PAS. Jika ada pihak dari mana mana parti yang menolah salah satu darinya, rakyat perlu bersama PAS dan menolak mana mana parti yang menolak penyatuan ini.

Suasana di Perak dan Pahang pastinya berbeza dengan Selangor dan Pulau Pinang. Begitu juga di Kedah Terengganu dan Kelantan. Kerencaman ini memerlukan ketelitian dalam membuat keputusan. Jangan rakus dan tamak. Jangan angkuh dan sombong.

Matlamat utama PAS adalah jelas. Halang PH dominasi DAP berkuasa dan satukan ummat di Malaysia. Mungkin ia sukar, namun perjuangan berprinsip PAS berteraskan keyakinan pertolongan Allah mesti di teruskan. Lambat atau cepat, usaha ini pasti menatijahkan perubahan demi masa depan generasi Malaysia yang harmoni dan sejahtera.

FHOAS
IPOH
051022