May 31, 2023

Fokus bantu rakyat, tiada keperluan bubar parlimen waktu terdekat- PAS Perak

Spread the love

FOKUS BANTU RAKYAT, TIADA KEPERLUAN BUBAR PARLIMEN WAKTU TERDEKAT

PAS Negeri Perak menyokong penuh kenyataan Presiden PAS Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bertajuk “Pendirian Politik Semasa” berkenaan pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat adalah tidak wajar dan tidak perlu disegerakan.

PAS Negeri Perak akan terus fokus bagi membantu rakyat yang ditimpa kesusahan berikutan jangkaan musim tengkujuh yang bakal tiba. PAS bersedia mengerahkan segala tenaga bagi menyediakan bantuan melalui seluruh jentera dan amilin PAS sebagaimana yang sentiasa dilakukan sebelum ini.

PAS Negeri Perak juga komited mendokong agenda murni perpaduan ummah yang digagaskan oleh PAS Pusat bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri demi mengalahkan Pakatan Harapan daripada kembali menguasai kepimpinan negara.

YB Khalil Yahaya
Ketua Penerangan PAS Negeri Perak
7 Oktober 2022 / 11 Rabiulawal 1444H