KUALA KANGSAR: Pembahagian kerusi antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) Perak bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sudah selesai 100 peratus, kata Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden BERSATU berkata, jentera dan kekuatan semua parti komponen PN juga sudah diperkukuhkan bagi menghadapi PRU-15 yang dijangka diadakan pada masa terdekat.
“Di Perak jentera dan kekuatan kita sudah diperkukuhkan. Sukacita saya laporkan bahawa perundingan pembahagian kerusi komponen di Perak ini sudah selesai 100 peratus.
“Kita kerja erat macam adik-beradik. Hubungan kita di setiap kawasan Parlimen begitu utuh. Sebenarnya (hubungan erat) sudah terjalin sejak lebih dua tahun lalu,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran PN Perak di Dewan Jubli Perak, di sini, malam tadi.
Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad; Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.
Ahmad Faizal berkata, beliau bangga apabila Perak menjadi negeri PN pertama di negara ini memiliki jawatankuasa peringkat Parlimen di semua kawasan Parlimen.
Isnin lalu, Razman dipetik berkata, PAS Perak mengesahkan parti itu akan bertanding 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-15, manakala 20 kerusi DUN lagi akan ditandingi BERSATU.
Beliau berkata, 40 kerusi yang ditandingi PAS dan BERSATU itu adalah di kawasan majoriti pengundi Melayu, manakala baki 19 kerusi lagi daripada keseluruhan 59 kerusi DUN Perak yang juga kerusi campuran, akan dibincangkan serta dirunding antara ahli bersekutu BERSATU, GERAKAN dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
More Stories
Finding a Good Paper Writing Service
Pemberian PrEP untuk pasangan Gay, adakah KKM sokong LGBT?
Agenda DAP tapi UMNO laksanakan