May 28, 2023

PAS kecewa Parlimen dibubar tergesa-gesa

Spread the love

PAS kecewa terhadap situasi yang berlaku sehingga parlimen terpaksa dibubarkan tergesa-gesa – Hadi Awang

PAS melahirkan rasa kecewa terhadap situasi yang berlaku sehingga parlimen terpaksa dibubarkan dalam keadaan yang agak tergesa-gesa hanya dalam tempoh 4 tahun 5 bulan sahaja dalam Penggal Parlimen Ke-14.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata PAS tetap optimis usaha penyatuan ummah tidak akan digagalkan oleh sesuatu agenda yang bukan untuk kepentingan awam dan Negara.

Sehubungan itu, katanya, PAS mengajak seluruh rakyat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam PRU-15 yang sangat penting ini.