May 31, 2023

32 tahun memerintah kerajaan Islam Kelantan bebas rasuah

Spread the love

Apabila PH menghalakan serangan mereka kepada BN dengan isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa, maka tumbanglah kekuasaan 60 tahun BN.

PH memang hebat dengan senjata dan modal “rasuah dan penyalahgunaan kuasa” dalam menyerang musuh mereka. Namun kehebatan PH hanya bayangan palsu yang hanya memukau telinga yang mendengar. Namun hakikat dan kenyataan sebenar adalah sebaliknya. Dimana terdapat pemimpin kanan mereka sendiri telah diheret ke mahkamah dan dituduh dengan kes rasuah.PH dan UmnoBN memang rakus mengamalkan rasuah dalam pemerintahan mereka.

Sebaliknya, ahli dan penyokong PAS amat bersyukur kepada Allah, kerana mereka memiliki kepimpinan yang ikhlas dan berdisiplin. Kepimpinan tidak pernah didakwa di mahkamah dan disabitkan dengan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Bahkan selama 32 tahun PAS diamanahkan untuk menjadi kerajaan di negeri Kelantan, rekod bersih dan tidak dicemari dengan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa.Pencapaian pemerintahan mengekalkan rekod tanpa rasuah ini bukan suatu perkara yang mudah untuk dicapai oleh kerajaan di zaman moden ini.Tetapi Pas melalui Kerajaan Kelantan sudah membuktikannya.

Seperti diketahui umum, bahawa kepimpinan PAS adalah insan biasa yang tidak maksum dari membuat kesilapan dan kesalahan. Namun kesungguhan dan disiplin mereka untuk menghindari diri dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa telah diterima Allah. Sebenarnya, PAS telah berjanji kepada rakyat bahawa PAS tidak akan melindungi dan menyembunyikan mana-mana pemimpin PAS yang terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Bahkan PAS juga mempunyai senjata yang kuat yang bertunjang dalam dalam diri setiap pimpinannya, iaitu “keimanan dan keyakinan bahawa rasuah dan penyalagunaan kuasa pasti akan mendapat kemurkaan Allah di Akhirat, walaupun terlepas didunia”.

Mungkin dalam PRU kita mempunyai pelbagai pilihan untuk diundi, namun memilih PAS melalui gabungan PERIKATAN NASIONAL adalah pilihan yang tepat dan meyakinkan. Kerana PAS telah membuktikan bahawa rasuah dan penyalahgunaan kuasa telah diketepikan secara total dalam budaya politik PAS.
Napokkk???

Tok Batin Menyupit