June 4, 2023

Penyatuan Ummah memastikan Islam terbela

Spread the love

PENYATUAN UMMAH MEMASTIKAN ISLAM TERBELA

Umat Islam yang sayang Islam, jangan berpecah. Kalau kita berpecah, umat Islam akan hilang kuasa politik.

Bayangkan ketika PH menang dalam PRU-14, banyak yang mereka cuba buat termasuk mengganggu dasar dan hak Islam dalam Perlembagaan.

Sebab mereka ada kuasa parlimen. Itulah bahayanya.

Jadi, penting untuk kita jaga institusi diraja, pilih ahli parlimen yang faham agama.

Ketika kerajaan buat inisiatif menyekat pengembangan agama bukan Islam di kalangan penganut Islam,

DAP cakap apa?

“Kenapa negara perlu menyekat agama bukan Islam sedangkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan beragama.”

Benar. Tapi jangan lupa Perkara 11 (4) memastikan tidak ada usaha membawa mana-mana individu muslim untuk menukar Agamanya.

Bukannya menghalang kepentingan mengamalkan agama lain.

Yang lebih parah, Ahli Parlimen DAP, P Kasthuriraani telah mendesak kerajaan meratifikasi ‘United Nations Declaration on the Elimination of All Forms of Intolerance and of Discrimination Based on Religion or Belief’.

Deklerasi itu memberi hak kepada semua manusia untuk mengamalkan dan menukar agama mereka sesuka hati tanpa dikenakan tindakan oleh sesiapa.

P Kasthuriraani juga mendesak semua ajaran sesat bebas diamalkan, selari dengan deklarasi itu dengan menyebut, “Another recommendation is the need to stop the arrests of individuals who practise Shia, Ahmadiyah and Baha’i (beliefs)”.

Hakikatnya ratifikasi deklarasi ini akan mengubah struktur undang-undang Islam dan kuasa Mahkamah Syariah secara menyeluruh kerana melibatkan asas kepada agama itu sendiri.

Jika puak seperti ini pegang kuasa, dengan mudah sahaja mereka boleh menidakkan hak Islam dan umat Islam.

Kalau mereka mengamalkan agama mereka, buat urusan mereka, kita tak marah. Masalahnya, mereka berusaha menyebar doktrin yang bertentangan dengan perlembagaan.

Golongan begini, jangan dibiar berkuasa. Kita kena tolak DAP. Tolak PH. Tolak orang yang tolak Islam.