KENYATAAN MEDIA
KHIDMAT MALAYSIA SEBAGAI PERTUBUHAN PENGURUSAN BENCANA YANG BERDAFTAR DENGAN PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA (ROS)
- Pertubuhan Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia ( Khidmat Malaysia )mengambil makluma berkaitan sebuah Parti Politik yang telah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang menguruskan bantuan bencana yang turut diberi nama Khidmat Malaysia.
- Khidmat Malaysia menyambut baik mana-mana institusi yang mahu menyumbang bakti kepada masyarakat Malaysia terutamanya berkaitan bantuan bencana. Namun, Khidmat Malaysia memandang serius terhadap mana-mana kumpulan yang menggunakan jenama yang sama dengan Khidmat Malaysia kerana ia bakal menelirukan massa.
- Kami ingin menegaskan bahawa Khidmat Malaysia merupakan pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) di bawah Kementerian Dalam Negeri. Justeru, Khidmat malaysia mempunyai kredibiliti untuk menjalankan tugas menguruskan bantuan bencana dengan perlembagaan pertubuhan Khidmat malaysia yang telah diluluskan oleh ROS.
Sekian, Terima Kasih
MOHD ASHRUL HISYAM BIN ABDUL JALIL
Setiausaha Khidmat Malaysia
22 Rabiul Awwal 1444 bersamaan 19 Oktober 2022
More Stories
Finding a Good Paper Writing Service
Pemberian PrEP untuk pasangan Gay, adakah KKM sokong LGBT?
Agenda DAP tapi UMNO laksanakan