June 4, 2023

Ini senarai yang PH buat selama 22 bulan yang rakyat tak lupa

Spread the love

Apa harapan yang ingin kita letakkan kepada sebuah kerajaan yang suka menjual lebih 26 aset negara sehingga mencecah 44 billion. Antaranya,

  1. Khazanah Jual Saham CIMB & TNB (364 juta & 1.05 billion)
  2. FGV Jual FGV China Oils (100 juta)
  3. MSM Milik FGV Cadang Jual Ladang Chuping Perlis (156 juta)
  4. TH Plantation Jual 6513.80 Hektar Ladang Kelapa Sawit Di Bintulu Dan Sibu (170 juta)
  5. Petronas Jual Pegangan Dalam 3 Anak Syarikat, Petronas Gas Bhd, Petronas Dagangan Bhd Dan MISC Bhd (6 billion)

Menariknya, alasan diberi kononnya ingin mengurangkan hutang negara sebaliknya yang berlaku, adalah hutang negara terus meningkat lebih pantas di bawah kerajaan PH.

Bukan itu saja, sejak PH mengambil alih kerajaan, prestasi kewangan TH Plantation rugi teruk. Buktinya mudah, akhir 2018 sahaja, TH Plantation sendiri mencatatkan kerugian teruk sehingga negatif RM658.38 juta.

Bahkan jika dikumpulkan keuntungan 5 tahun ke belakang pun (2013-2017) sebanyak RM337.32 juta, masih belum cukup untuk menampung kembali kerugian yang telah dibuat. Fuh!

Jika menyentuh isu keselamatan negara, sudah pasti ia bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Apatah lagi apabila melibatkan pengganas seperti LTTE. Kumpulan Pengganas Pemberontak Tamil Eelam (LTTE) diketahui umum merupakan kumpulan pengganas dengan tujuan mewujudkan negara Tamil berasingan di Utara dan Timur Sri Lanka.

Victor Ostrovsky, bekas pegawai perisikan Israel Mossad mendedahkan hubungan Israel dengan pengganas LTTE ini melalui saluran Indian Abroad; beliau memaklumkan bahawa Mossad melatih ramai kader LTTE. Antara karya Victor Ostrovsky ialah ‘By Way of Deception: The Making of a Mossad Officer’.

Di Malaysia, Timbalan Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, secara jelas memperlihatkan penglibatan beliau bersama LTTE yang dibuktikan dengan kehadiran beliau dalam upacara-upacara LTTE. Beliau juga pernah mendesak kerajaan PH untuk membebaskan kesemua individu yang ditahan PDRM atas kesalahan menyokong pengganas kumpulan LTTE.

Lebih parah, bekas Peguam Negara, telah memberhentikan prosiding mahkamah terhadap 12 individu termasuk dua ADUN daripada DAP. Ia memberi makna kesemua 12 individu tersebut telah bebas daripada 34 tuduhan memiliki, mengedar dan memaparkan bahan-bahan berkaitan kumpulan militan LTTE.

Sedangkan kita ada sistem perundangan yang jelas dalam perlembagaan tetapi seolah-seolah diperkotak-katikkan begitu saja demi kepentingan peribadi.

Bila sesuatu kes masuk mahkamah, ia perlu dibicarakan dahulu, dengan bukti-bukti yang ada, barulah boleh diputuskan bersalah atau tidak. Persoalannya di sini, perbicaraan belum bermula, tapi kes sudah digugurkan, adakah dengan hanya kita menguasai jawatan Peguam Negara, kita boleh sesuka hati jadikan sistem perundangan mengikut kepentingan parti pemerintah.

Jadi, apa yang kita nak harapkan daripada kegagalan pemerintahan PH selama 22 bulan itu?

Tiada apa yang boleh diharapkan pada Pakatan Harapan. Malaysia memerlukan barisan eksekutif yang mampu mentadbir dengan cekap dan stabil.

Hanya dengan ini pengurusan dan tadbir urus yang baik (good governance) dapat dilaksanakan mengikut lunas undang-undang.