
LANGKAH TERDESAK.
Hari ini PN dan BN mengisytiharkan calon. PN tidak banyak menampilkan kejutan selain satu dua yang biasa terjadi dalam mana mana PRU. Namun di pihak BN banyak kejutan.
Bacaan politik saya masih melihat percaturan sang guru sedang dilaksanakan oleh murid yang setia dan terdesak. Terdesak murid untuk melepaskan diri dari cop banduan dan terdesaknya sang guru agar tidak kempunan menjadi Perdana Menteri. Agar jangan mati berdiri.
Senarai calon yang diumum presiden umno dilihat sedang mencatur golongan yang mampu setia dan taat apa sahaja keputusannya. Idea bentara guru menyediakan calon calon yang bersedia menabalkannya menjadi Perdana Menteri. Ini peluang terakhir kedua murid dan guru atau kedua duanya akan mengakhiri politik dalam keadaan hiba.
PKR dan UMNO dilihat senada dalam mengukuhkan kuasa presiden mereka. Umno bukan sahaja mengenepikan tokoh yang tidak sehaluan dengan presiden tetapi juga begitu berani menafikan tokoh yang sangat winable.
Nama seperti Tan Sri Annuar Musa, Syahidan Kasim dan Noh Omar yang hilang dari senarai adalah kejutan besar. Ia bukan langkah berani tetapi langkah terdesak. Mereka lebih rela parti berpecah demi mencapai cita cita . Hanya mereka yang buta sahaja masih gagal melihat langkah bentara guru dan murid setia ini.
Pengakuan anak Zahid Hamidi adalah luahan jujur yang mengharapkan penyokong umno boleh menerima usaha penyatuan ” papanya” dengan bentara guru. Mungkin ia meneruskan langkah tersembam di pintu lapangan terbang Kota Kinabalu lebih 20 tahun dulu.
Bentara guru dan murid sedang menyatu di Perak yang secara tidak langsung menjayakan “projek Pangkor DAP” yang terkandas sebelum ini.
Umum mengetahui bahawa orang terdesak sanggup melakukan apa sahaja, menerima apa sahaja malah menjanjikan matahari dan cekrawala yang ia sendiri tahu mustahil di tunaikan.
Terpulang kepada rakyat. Memilih menjayakan impian bentara guru sekalipun terpaksa menggadaikan negeri dan negara kepada DAP yang punyai citarasa berbeza. Menggunakan kuasa tanpa memegang kuasa. Itu lebih mudah diterima dari mereka sendiri melaksanakannya.
Hanya Perikatan Nasional mampu menyekat kemaraan gabungan cahaya suram bentara guru dan muridnya. . Kita buat pilihan, kita tentukan masa depan.
FHO
021122
Panglima Garang
More Stories
Bahaya kuasa kerajaan tempatan yang ramai kena tahu – FHO
UMNO perlu ‘Jebat’ untuk angkat martabat yang kini parah
Menunggu dasar-dasar ‘mengkarung’ Anwar Ibrahim – Dr Zuhdi