Lebih tenang bersama PAS, ayah ‘Shuib Sepahtu’ tak menyesal tinggalkan UMNO yang dilanda pelbagai masalah
BAGAN SERAI, 03/11/2022 – Rasa bersyukur, jiwa lebih tenang dan suka membantu kerja-kerja kebajikan menjadi sebab utama Muhamad Bin Arshad, 64 tahun memilih parti PAS sebagai wadah terbaik untuk berjuang.
Lebih 11 tahun menjawat jawatan sebagai setiausaha UMNO cawangan Parit Haji Ali Alor Pongsu, Beliau yang juga ayah kepada selebriti terkenal ‘Shuib Sepahtu’ mengambil keputusan meninggalkan UMNO setelah melihat pelbagai masalah yang melanda parti tersebut.
Disaksikan Pesuruhjaya PAS Perak Tuan Haji Razman Zakaria, Beliau dan isteri serta beberapa rakan secara rasmi menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad dalam program pengumuman calon PERIKATAN NASIONAL yang diadakan di tapak pasar minggu Alor Pongsu pada Khamis.
Pengumuman tersebut menyaksikan Idris Ahmad dicalonkan untuk bertanding di parlimen P058 Bagan Serai manakala 3 DUN di bawahnya iaitu N10 Alor Pongsu ditandingi oleh Azman Ghazali, N11 Gunung Semanggol ditandingi oleh Razman Zakaria dan N12 Selinsing ditandingi oleh Sallehuddin Abdullah.
More Stories
Lebih 160,000 mengundi di Padang Serai, Tioman hari ini
Padang Serai, Tioman akan ditahan, tsunami Melayu memilih PN
Nor Idayu bersemangat, maklum balas pengundi positif