June 4, 2023

Manifesto PH ke laut kini tukar kepada ‘Tawaran’

Spread the love

PH berjanji lagi. Tak kisahlah apapun perkataan yang PH guna, rakyat tidak boleh terima. Sejarah hitam dikencing selama 22 bulan sangat memeritkan. Kesannya sangat memdalam. Paling menyeksakan apabila ramai anak-anak muda yang terpercaya dengan janji PH memaksa ibubapa mereka untuk mengundi PH yang mereka rasa adalah wira.

Waktu itu ramai yang anggap PH adalah penyelamat dunia. Dah macam The Avengers lagaknya. Mereka rasa inikali Malaysia akan berubah menjadi syurga setelah berpuluh tahun diperintah oleh Saka Biru Tua. Malang seribu kali malang, syurga yang dinantikan, neraka pula yang dihidangkan. 22 bulan yang sangat menyeksakan dan menjerihkan. Memang tak akan terlupakan.

Kali ini PH berjanji lagi. 10 janji yang dikencengi diulang lagi. Cuma beberapa perkara diubahsuai supaya nampak berseri. Tetapi rakyat bijak bestari. Kami tidak akan tertipu lagi. Malahan kami telah sematkan dihati bahawa PH tidak akan diundi. Mereputlah korang mati berdiri.

Bak sepatah kata P.Ramlee,
“Kamu kan tau dia tu Penipu, muka dia pun muka Penipu, Yang Kami berdua bijak pandai boleh kena tipu dengan dia tu pasal apa”

Tolah PH. Jangan bagi undi. Jangan diperbodohkan lagi.