POLITIK TANGAN GHAIB.
Hari ini seluruh negara meriah dengan bendera dan perhimpunan. Pelbagai bendera dan warna baju menghiasi. Apa sebenarnya erti berpolitik rakyat kita?
Mahu atau tidak, politik kita tetap dipengaruhi bangsa. Parti Melayu kita berada dalam teras PAS, UMNO dan Bersatu. Manakala Cina pula berada dalam DAP. India belum ada satu kekuatan parti bangsa selain bernaung di bawah MIC, PKR atau DAP sendiri.
Politik kaum Cina nampak tersusun dan berstrategi. Kaum Cina pernah sepakat mengundi BN melalui MCA apabila gelombang kebangkitan Melayu 1998.
Namun ketika orang Melayu kembali kepada BN, kaum Cina kembali bernaung di bawah DAP. Mereka hampir sepakat dalam menentukan kepentingan kaum mereka.
Kebijaksanaan politik kaum Cina terbukti apabila PH menguasai politik negara apabila membentuk kerajaan 2018. Namun kerakusan pemimpin mereka menjarah hasil negara dan menyerlahkan impian tersembunyi mereka.
Kegelojohan pemimpin DAP dan sekutu Melayu mereka dalam PH menyebabkan orang Melayu mendesak kepimpinan mereka membuat kesatuan. PAS yang berteras Melayu Islam menghimpunkan UMNO dan Bersatu membentuk penyatuan menjatuhkan PH setelah diikat melalui Muafakat Nasional sebelum itu.
Kini politik Melayu berpecah kembali dengan tertubuhnya parti kecil dari mereka yang tamak dan rakus kuasa. Sekali lagi mereka menjadi pemecah Melayu.
DAP menyedari senario menguntungkan mereka ini. Mereka mengambil sikap mendiamkan diri agar orang Melayu terlupa dan tidak sedar peranan mereka mencatur Pakatan Harapan.
Jika kita melihat medan maya dan nyata, pemimpin DAP tidak lagi menonjolkan diri mereka. Bidak catur mereka seperti PAN dan PKR menjadi benteng tempat mereka berlindung dan bersembunyi..
Ketika DAP mencatur PH, Anwar berperanan menjalin hubungan gelap bersama Zahid Hamidi, DAP akan terus berperanan di belakang.
Perak adalah negeri percubaan teori gabungan tangan ghaib DAP ketika menjatuhkan Peja sebagai MB. Kelicikan politik Cina belum mampu di fahami orang Melayu.
Kini PN dilihat bersendiri menentang DAP. Parti Melayu lain mempunyai hubungan terang atau gelap dengan DAP. Terpulang kepada orang Melayu menentukan politik dan masa depan mereka. Kenyang seminggu dan merempat di negeri sendiri.. Kita menentukan masa depan kita.
FHOAS
051122
BAGAN SERAI.
More Stories
Lebih 160,000 mengundi di Padang Serai, Tioman hari ini
Padang Serai, Tioman akan ditahan, tsunami Melayu memilih PN
Nor Idayu bersemangat, maklum balas pengundi positif