May 31, 2023

Calon Doktor Perikatan Nasional bukan kaleng-kaleng

Spread the love

Beberapa hari ini kecoh tentang calon daripada parti ‘kestabilan dan kemakmuran’ yang didakwa menipu dalam biodata calon dengan mengaku sebagai doktor perubatan walaupun tak habis belajar.

Urusan itu kita serah kepada empunya badan dan rakyat untuk menilai. Di sini admin nak kongsikan calon PAS dalam PERIKATAN NASIONAL yang sahih merupakan doktor perubatan.

1)DR. HALIMAH BINTI ALI (P.109 KAPAR)

Fun fact, beliau ada 6 orang anak dan semuanya doktor!

Beliau merupakan pemegang Bachelor Sains Perubatan dan Bachelor Pembedahan dari Universiti Tasmania. Siap pakej pelajar terbaik bagi Diploma Tasawwur Islam! Pernah berkhidmat di beberapa buah hospital serta klinik dan sekarang menjadi pengamal perubatan swasta lebih 25 tahun di dua buah klinik sendiri di Klang.

2) DR. ROSNI BINTI ADAM ( P.119 TITIWANGSA )

Beliau merupakan Doktor Pergigian dan mempunyai klinik sendiri sejak 2002. Haa, siapa sakit gigi dijemput untuk ke Klinik Pergigian Rosni Adam. Selain ada Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian, Universiti Malaya, beliau juga ada Ijazah Perubatan & Pengubatan Islam, Persatuan Perubatan, Pengubatan & Kebajikan Islam Malaysia (DarusSyifa’)

Tu baru dua, ada raaaaamai lagi nama-nama lain macam Dato’ Dr. Haji Alias Bin Razak (P.035 Kuala Nerus ), Dr. Najihatussaleh Binti Ahmad (N.40 Bota) Dan Dato’ Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi (P.112 Kuala Langat)

Kepada yang mencari-cari calon profesional untuk diundi, anda dijemput untuk undi PERIKATAN NASIONAL. Kenapa perlu pilih antara yang beragama dan profesional kalau dua-dua boleh dapat dalam PAS kan? Dan dijamin bersih tak menipu insya-Allah.

Undilah PERIKATAN NASIONAL: Prihatin, Bersih dan Stabil.