PRU 15 ni, saya kira berapa ramai calon Melayu, cina dan India dari BN, PH dan PN yg dipertandingkan di Semenanjung Malaysia. Kerusi parlimen di semenanjung Malaysia ada 165 kerusi. Berikut ialah pengiraan saya.
Calon BN :
Melayu – 109 (66%)
Cina – 41 (25%)
India – 15 (9%)
Calon PH :
Melayu – 118 (71.5%)
Cina – 33 (20%)
India – 14 (8.5%)
Calon PN :
Melayu – 134 (81%)
Cina – 23 (14%)
India – 8 (5%)
Saya terkejut kerana BN meletakkan calon bangsa Melayu paling sedikit berbanding PH dan PN. Calon cina + India paling ramai diletakkan oleh BN.
Boleh Google sahaja nama nama calon cina dan India. Saya kecewa kerana propaganda BN menjaga Melayu tetapi, meletakkan jumlah calon Melayu paling sedikit dioertandingkan berbanding PH dan PN.
Sekiranya saya bukan Melayu, saya akan mengundi BN kerana saya tahu jumlah wakil rakyat bangsa saya di parlimen semakin ramai diketengahkan oleh parti BN berbanding PH dan PN.
More Stories
Lebih 160,000 mengundi di Padang Serai, Tioman hari ini
Padang Serai, Tioman akan ditahan, tsunami Melayu memilih PN
Nor Idayu bersemangat, maklum balas pengundi positif